Friday, November 18, 2011
80,000 pekerja Indonesia bakal memasuki Malaysia
PETALING JAYA: Seramai 80,000 pekerja Indonesia bakal memasuki Malaysia sebagai pembantu pada bulan depan.
“Jumlah
ini terdiri dari jumlah tenaga kerja Indonesia yang gagal ke Malaysia
berikutan pembekuan pengambilan tenaga kerja,” kata ketua Badan Nasional
Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI) Moh Jumhur
Hidayat kepada media Indonesia pada hari ini.
Kerajaan
Indonesia telah menetapkan pembekuan terhadap rakyatnya untuk memasuki
sektor kerja di Malaysia sejak Jun 2009 hingga kini.
Memorandum persefahaman
Penamatan pembekuan tenaga kerja Indonesia terhasil ekoran termeterainya memorandum persefahaman dalam isu penempatan dan perlindungan tenaga kerja yang ditandatangani dalam bulan Mei di Bandung, Indonesia.
Penamatan pembekuan tenaga kerja Indonesia terhasil ekoran termeterainya memorandum persefahaman dalam isu penempatan dan perlindungan tenaga kerja yang ditandatangani dalam bulan Mei di Bandung, Indonesia.
Perjanjian
persefahaman tersebut ditandatangani Menteri Tenaga Kerja Indonesia,
Muhaimin Iskandar dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Sri Dr S
Subramaniam.
Sehubungan
dengan itu, jawatankuasa petugas Indonesia dan Malaysia sedang
berunding berkenaan pindaan ke atas perjanjian persefahaman mengenai
penempatan dan perlindungan tenaga kerja Indonesia sebagai pekerja
sektor domestik.
Sebanyak
11 perkara dibincangkan. Antaranya ialah pekerja Indonesia berhak
menyimpan pasport sendiri, sistem penggajian menerusi bank yang
ditetapkan, cuti sehari seminggu dan gaji minima sebanyak RM700.

1 ulasan:
Setelah dikirA GAJI YANG AKAN KENA DI BAYAR OLEH mASYARAKAT IALAH 80,000 X rm700 = rm56,000,000,000
KALAU TIDAK SILAB rm56 BILLION. Bera agaknyua naloanj di hantar pulang kadar bulanan ?
Catat Ulasan